Agong berkenan melawat UPNM

Al-Sultan Abdullah diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal ketika berkenan melakukan lawatan ke UPNM hari ini. -Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah diiringi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal ketika berkenan melakukan lawatan ke UPNM hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat melawat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Sungai Besi.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 10.15 pagi di Bangunan Canselori diiringi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal.

Dalam lawatan lebih dua jam itu, Sultan Abdullah berkenan mendengar taklimat daripada Abdul Halim mengenai latar belakang universiti itu.

Al-Sultan Abdullah ketika berkenan mengadakan lawatan ke UPNM hari ini.
Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah ketika berkenan mengadakan lawatan ke UPNM hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (kiri) dan Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal. - Foto Bernama

Baginda turut dibawa ke Pusat Maritim untuk melihat simulator kapal selain melawat pameran pencapaian oleh warga UPNM termasuk produk penyelidikan dan akademik.

Selesai lawatan, Seri Paduka kemudian berkenan bergambar dan bersalaman bersama warga UPNM termasuk penuntut.

Keberangkatan pulang Sultan Abdullah kemudian diiringi oleh 1,500 pegawai kadet dan pelajar awam yang berdiri memberi tabik hormat sepanjang laluan pintu keluar universiti itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!