Rimula Ultra 5W 30 produk termaju Shell
SHELL Malaysia baru-baru ini menampilkan formula rumusan lengkap bagi industri pengangkutan dan logistik, Shell Rimula Ultra 5W 30 yang serba baharu.
Produk terkini itu merupakan minyak enjin diesel untuk tugas-tugas berat jenis sintetik sepenuhnya. Ia dikatakan yang termaju daripada Shell setakat ini.
Pengurus Besar Shell Lubricants Malaysia & Singapura, Baljit Singh berkata, pengenalan Shell Rimula Ultra itu memperkukuhkan lagi portfolio pelincir sintetik premium Shell Rimula berkelikatan rendah di Malaysia yang turut merangkumi Shell Rimula R6 LM dan R5 LE.
"Sebagai pembekal pelincir terbesar dunia, kami di Shell memahami keperluan para pelanggan kami.
"Shell Rimula Ultra yang baharu itu merupakan hasil kepimpinan teknologi Shell dalam bidang pelinciran. Pencapaiannya didorong oleh pembangunan dan penyelidikan bertaraf dunia serta kerjasama teknikal yang meluas dengan OEM, universiti-universiti dan badan-badan industri terkemuka," katanya dalam satu kenyataan media kepada Sinar Turbo baru-baru ini.
Baljit menambah, selain mematuhi spesifikasi ACEA E6 dan ACEA E9 Eropah, rumusan Shell Rimula Ultra 5W 30 mendapat kelulusan pengeluar untuk digunakan bagi enjin diesel ultra moden (yang mematuhi piawaian pelepasan bahan cemar Euro 4 hingga Euro 6).
Produk yang dijual pada harga yang berpatutan itu menawarkan hayat minyak yang lebih panjang dan selang masa penukaran minyak yang lebih lama iaitu sehingga 150,000 km.
Selain itu, minyak berkenaan memberi perlindungan daripada kehausan enjin yang lebih baik dalam apa juga keadaan bentuk rupa bumi dan cuaca serta ekonomi bahan api yang lebih baik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Shell Rimula Ultra 5W 30 yang serba baharu, layari www.shell.com.my/rimula.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!