Remaja Palestin diculik, ibu dipukul
RAMALLAH - Tentera Israel menculik dua remaja Palestin di Kem Pelarian al-Arroub di utara Al-Khalil semalam.
Menurut sumber tempatan, mangsa dikenali sebagai Mahmoud Madhi, 15, dan Qutaiba al-Raie, 13.
Ia menambah, ibu kepada Mahmoud Madhi turut mengalami lebam dan pengsan selepas dipukul tanpa belas kasihan kerana cuba menghalang penculikan anaknya.
Terdahulu tentera rejim menyerbu pekan Silwan di selatan Baitulmaqdis dan menculik seorang pemuda dan remaja Palestin.
Malek Abu Sneineh, 25, diculik dari rumahnya di kawasan kejiranan Ras al-Amud dan Mohammed Abu Romouz, 14, dari kediaman keluarganya di kawasan kejiranan al-Bustan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!