1,000 kg petai dirampas

Maqis Kedah gagalkan cubaan bawa masuk petai secara tidak sah. Gambar kecil, Kira-kira 1,000kg petai dirampas Maqis Kedah dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS Durian Burung baru-baru ini.
Maqis Kedah gagalkan cubaan bawa masuk petai secara tidak sah. Gambar kecil, Kira-kira 1,000kg petai dirampas Maqis Kedah dalam pemeriksaan di Kompleks ICQS Durian Burung baru-baru ini.
A
A
A

PADANG TERAP - Sebanyak 1,000 kilogram (kg) petai yang cuba dibawa masuk melalui laluan kargo secara tidak sah dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah di Kompleks ICQS Durian Burung di sini baru-baru ini.

Pengarah Maqis Kedah, P Lily Rosalind Pakianathan berkata, pihaknya menggagalkan cubaan membawa masuk keluaran pertanian secara tidak sah apabila menahan sebuah lori ketika melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, pihaknya merampas keluaran pertanian apabila lori membawa muatan keluaran pertanian dianggarkan kira-kira 1,000kg itu tidak mematuhi syarat import sebagaimana yang dinyatakan dalam perakuan.

"Sehubungan itu, Maqis Kedah telah mengeluarkan kompaun RM1,000 kepada pengimport tersebut setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya serta peringatan kepada pengimport tersebut atas kesalahan tidak mematuhi syarat import sebagaimana dinyatakan dalam perakuan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, penahanan keluaran pertanian ini adalah bertujuan untuk mengawal kemasukan perosak seperti serangga perosak buah dan penyakit yang boleh merosakkan industri pertanian dalam negara jika tidak dikawal dengan sebaiknya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!