PRK Tanjung Piai: MCA perlu diberi peluang bertanding

Datuk Lokman Noor Adam
Datuk Lokman Noor Adam
A
A
A

KUALA LUMPUR – MCA perlu diberi peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berkata, pandangan peribadinya adalah calon MCA harus diberi peluang untuk memenangi PRK tersebut.

“Kita kena ambil cabaran yang lebih besar iaitu kita mahu bukti kepada rakyat Malaysia, kaum India dan Cina juga sudah tidak boleh menerima Pakatan Harapan (PH), malah sudah kembali memberi sokongan kepada BN, MCA dan MIC.

“Kita perlu ambil ‘tough decision’, ia bukan mudah kita serah kepada pucuk kepimpinan untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang media di sini.

Lokman berkata, beliau juga telah memberi pandangan dalam ‘group’ Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Kita mungkin akan sambung berbincang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 3 Oktober ini, setakat ini belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Paling penting adalah selepas kita berbincang dan menegakkan hujah masing-masing apa sahaja keputusan parti, kita perlu akur, letak siapa sahaja jadi calon pasti akan menang,” katanya.

PRK Parlimen Tanjung Piai bakal diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat sakit jantung pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan:

PRK Parlimen Tanjung Piai yang juga PRK kesembilan selepas PRU14, bakal menjadi medan ujian pertama bagi kerjasama UMNO-Pas selepas memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 September lalu.

MCA juga menyokong muafakat itu.

SPR akan bermesyuarat pada 1 Oktober ini berhubung kekosongan luar jangka kerusi Parlimen itu.

Pada PRU14, calon MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng tewas kepada Dr Md Farid Md Rafik, 42, dengan perbezaan 524 undi dalam pertembungan tiga penjuru manakala calon Pas, Nordin Othman pula memperoleh 2,962 undi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!