26 bank setuju henti caj transaksi mesin, kaunter

Laporan muka depan akhbar Sinar Harian berkaitan kontroversi caj dikenakan bank ke atas pengguna sebelum ini.
Laporan muka depan akhbar Sinar Harian berkaitan kontroversi caj dikenakan bank ke atas pengguna sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 26 bank di bawah Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) bersetuju untuk menghentikan caj transaksi yang dikenakan bagi penggunaan cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit serta pembiayaan melalui kaunter dan mesin deposit tunai.

ABM dalam kenyataannya berkata, caj berkenaan juga tidak akan dikenakan ke atas pelanggan warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

"Bagi pelanggan lain, terdapat alternatif yang lebih mudah buat mereka untuk menjalankan urus niaga perbankan dan mendapatkan perkhidmatan seperti penggunaan mesin juruwang automatik (ATM).

“Bank ahli-ahli kami akan sentiasa berhubung dengan pelanggan mereka dalam setiap bentuk komunikasi termasuk laman sesawang dan bersedia untuk membantu pelanggan mereka supaya membiasakan diri dengan saluran alternatif tersebut atau apa jua yang mengenai perkara tersebut,” kata kenyataan.

Kenyataan ABM untuk menghentikan caj transaksi yang dikenakan bagi penggunaan cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit serta pembiayaan melalui kaunter dan mesin deposit tunai.
Kenyataan ABM untuk menghentikan caj transaksi yang dikenakan bagi penggunaan cek dan bayaran tunai untuk pembayaran kad kredit serta pembiayaan melalui kaunter dan mesin deposit tunai.

Pengumuman oleh ABM itu dibuat sehari selepas kumpulan itu mempertahankan caj tersebut bagi mendorong pelanggan menggunakan platform perbankan dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Caj baharu bank di Malaysia

'Caj terus RM100 kalau nak untung sangat'

Artikel Berkaitan:

Sesetengah bank mengenakan caj transaksi untuk menggalakkan pelanggan beralih daripada tunai kepada e-bayaran mulai 1 Oktober ini.

Bagaimanapun, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mengkritik langkah itu yang membenarkan bank mengenakan caj 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) dan RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter, mulai bulan depan.

CAP dan NUBE mendakwa, aduan mereka kepada Bank Negara Malaysia diabaikan.

Caj baharu bank dasar tidak adil!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!