Banjir ragut 11 nyawa di India

Pengguna jalan raya di wilayah Pune terperangkap dalam banjir kilat.
Pengguna jalan raya di wilayah Pune terperangkap dalam banjir kilat.
A
A
A

MUMBAI - Sekurang-kurangnya 11 orang terkorban dan lebih 500 lagi terpaksa dipindahkan susulan hujan lebat yang mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh di negeri Maharashtra, India semalam.

Ketua Menteri Maharashtra, Devendra Fadnavis berkata, kerajaan memantau rapat situasi di negeri berkenaan terutamanya wilayah Pune yang terjejas teruk.

Media tempatan melaporkan, lima orang terbunuh termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun selepas ditimpa dinding runtuh di kawasan Arneswar, Pune.

Bomba berkata, hujan lebat dan banjir kilat punca dinding tersebut runtuh.

Pasukan penyelamat turut menemui mayat seorang lelaki dalam sebuah kenderaan yang dihanyutkan arus deras.

Orang ramai turut mengkritik kerajaan serta menyalahkan agensi kaji cuaca kerana gagal meramalkan cuaca dengan tepat. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!