Keluarga harap 'kemenangan' memihak kepada Adib

Ibu kepada Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim; Asma Aziz, 52, (berdiri, tengah) melayani tetamu yang hadir pada Majlis Tahlil dan Bacaan Surah Yasin untuk Allahyarham di kediaman mereka di Kampung Tebengau hari ini. --fotoBERNAMA

A
A
A

ALOR SETAR - Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang terkorban selepas rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya pada tahun lalu tidak putus berdoa agar keputusan inkues memihak kepada mereka.

Ibu Allahyarham, Asma Aziz, 52, berkata, sejak kematian anaknya, dia tidak pernah berhenti berdoa dan berharap keadilan dapat diperoleh bagi arwah Muhammad Adib.

“Masa pergi Makkah untuk tunaikan ibadah Haji tahun ini pun saya tak lupa untuk doakan arwah. Harapan saya sama dengan suami dan rakyat Malaysia supaya keputusan inkues esok memihak kepada arwah Muhammad Adib.

“Petang ini, ada bacaan Yasin di rumah dan malam nanti di Masjid As-Saadah, Kampung Tebengau dan ramai yang datang beri sokongan kepada kami,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Tebengau, Kuala Kedah di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 50 anggota Dewan Muslimat Pas Kuala Kedah, Wanita UMNO Kuala Kedah dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Kota Setar hadir membaca Yasin dan tahlil di rumah arwah yang bermula jam 3.30 petang ini.

Bapa Allahyarham Muhammad Adib; Mohamad Kassim Abdul Hamid, 64, memerhati para tetamu yang hadir pada Majlis Tahlil dan Bacaan Surah Yasin untuk Allahyarham di kediaman mereka di Kampung Tebengau hari ini.--fotoBERNAMA

Sementara itu, bapa kepada Muhammad Adib, Mohd Kassim Abd Hamid, 64, berharap keputusan inkues esok akan memberikan ‘kemenangan’ untuk keluarganya.

Prosiding inkues berhubung kematian Muhammad Adib bermula 11 Februari lalu dengan 30 saksi dipanggil untuk memberi keterangan termasuk beberapa saksi pakar sebelum prosiding inkues ditutup pada 24 Julai lepas.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember lalu di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!