'Terima kasih ABM'
PUTRAJAYA - Lantang mengkritik cadangan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) untuk mengenakan caj pembayaran bil kad kredit di kaunter dan mesin deposit tunai (CDM), bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim akhirnya mengucapkan terima kasih kepada persatuan tersebut.
Ucapan itu dibuat berikutan ABM telah membatalkan cadangan tersebut hari ini.
"Terima kasih ABM kerana prihatin dengan rakyat," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Menurutnya, ABM seharusnya mengkaji keadaan ekonomi semasa rakyat.
"Sebelum membuat keputusan mereka harus melihat bagaimana keadaan rakyat. Yang berurusan di kaunter bukannya orang kaya, rata-rata golongan B40," katanya.
Isnin lalu, Rais menyifatkan cadangan ABM tersebut sebagai 'mencekik' rakyat untuk mengaut keuntungan besar.
Selain Rais, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) turut mengkritik langkah yang akan bermula Oktober depan.
ARTIKEL BERKAITAN 26 bank setuju henti caj transaksi mesin, kaunter
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!