Bekas Presiden Perancis meninggal dunia
PARIS - Bekas Presiden Perancis, Jacques Chirac yang pernah memimpin negara itu selama tiga dekad meninggal dunia pada usia 86 tahun, kata keluarganya kepada AFP.
"Presiden Jacques Chirac meninggal dunia pagi tadi dikelilingi anggota keluarga," kata menantu lelakinya, Frederic Salat-Baroux.
Chirac adalah Datuk Bandar Paris sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri dan kemudian memimpin Perancis dari tahun 1995 hingga 2007.
Mengikuti jejak bekas pemimpin Charles de Gaulle, Chirac cuba menaikkan status Perancis sebagai negara terkemuka di peringkat dunia.
Beliau mencetuskan kebanggaan negara apabila membantah pencerobohan diketuai Amerika Syarikat terhadap Iraq pada 2003.
Selepas bersara Chirac mengalami masalah neurologi dan jarang dilihat di khalayak awam sehingga akhir hayatnya. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!