153 aduan pembakaran terbuka di Pahang
PEKAN - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang menerima 153 aduan pembakaran terbuka sehingga September ini berbanding 105 aduan tahun lalu.
Pengarahnya, Mohd Sani Md Daud berkata, pertambahan jumlah aduan itu sekali gus membuktikan tahap kesedaran masyarakat umum terhadap isu pembakaran terbuka semakin meningkat.
Menurutnya, kesedaran orang ramai berupaya membantu pihaknya dan jabatan lain yang bertanggungjawab mengekang pembakaran terbuka.
"Pahang mencatatkan 241 titik panas setakat ini berbanding 172 tahun lalu.
"Ia agak membimbangkan meskipun trend bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan penurunan.
"Angka ini dijadikan sebagai rujukan kepada perancangan dan tindakan semua agensi terlibat dalam Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (Pelaksanaan Peringkat Negeri Pahang) bagi tahun 2020," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!