Inkues Adib: Rakyat menanti keputusan hari ini

Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat.
Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat.
A
A
A

SHAH ALAM - Selepas 41 hari prosiding perbicaraan inkuiri kematian anggota bomba dan penyelamat (JPBM) Subang Jaya, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, kini sudah tiba untuk Mahkamah Koroner membuat keputusan yang mana ia dinantikan oleh segenap lapisan masyarakat.

Sudah pastinya tumpuan rakyat terarah ke Kompleks Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini apabila Koroner, Rofiah Mohamad dijangka akan membacakan keputusannya jam 10 pagi.

Mengimbau kembali prosiding perbicaraan yang bermula 11 Februari lalu, sebanyak 137 eksibit dan 30 saksi dipanggil memberi keterangan bagi membantu merungkai punca kematian Muhammad Adib yang diklasifikasikan sebagai kes berprofil tinggi.

Perjalanan perbicaraan yang panjang itu menyaksikan telah wujud 'plot' selepas saksi ke-29, Pakar Perunding Kanan Forensik Patalogi United Kindom Professor Dr Shahrom Abd Wahid mendedahkan bahawa laporan bedah siasat terhadap jenazah Muhammad Adib yang dijalankan oleh saksi ke-24 Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi bersama Saksi ke-27, Ketua Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Mohd Shah Mahmood adalah bercanggah dan tidak lengkap.

Ahmad Hafizam dalam laporannya memaklumkan tiada kesan kecederaan atau tanda menunjukkan anggota bomba itu ditarik keluar secara paksa daripada van Unit Bantuan Kecemasan (EMRS) pada malam kejadian.

ARTIKEL BERJAITAN: Adib keluar sendiri dari van EMRS

Bagaimanapun ia disangkal oleh Shahrom yang juga bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patalogi Hospital Canselor Tuanku Mukhriz yang merumuskan terdapat kekeliruan dalam rumusan tiga isu pokok iaitu samada Muhammad Adib keluar dari kenderaan dengan sendiri, ditarik oleh individu lain dan mangsa mengalami kecederaan akibat dihimpit antara dua permukaan keras pada nombor 28 dan 29 laporan bedah siasat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecederaan Adib bukan disebabkan pintu van EMRS

Metodologi Pakar Forensik Patologi HKL salah: Dr Shahrom

Perbezaan keterangan antara kedua- dua pakar berkenaan tidak hanya berkisar kepada pemeriksaan klinikal tetapi berlarutan sehingga melibatkan formula daya yang dikemukakan kepada mahkamah untuk mendapatkan impak kecederaan ke atas Muhammad Adib.

Ahmad Hafizam menyifatkan formula Shahrom tidak tepat kerana tidak mengambil kira berat van EMRS ketika membuat kiraan formula daya tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Ahmad Hafizam sangkal teori saksi Dr Shahrom

Percanggahan tersebut memaksa mahkamah memanggil saksi ke-30 Pakar fizik Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Amir Radzi Ab Ghani yang merumuskan formula daya dikemukakan oleh Shahrom lebih rasional.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Formula Dr Shahrom lebih rasional

Katanya kepada mahkamah, berat keseluruhan van EMRS hanya boleh diguna pakai sekiranya bentuk pelanggaran adalah secara langsung iaitu Muhammad Adib berada di bahagian hadapan atau belakang van tersebut.

Pada 20 April 2019, sekitar jam 9.28 malam, Hafizam bersama Mohd Shah membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya dengan mendakwa telah diugut oleh Shahrom.

Lima hari kemudian, Shahrom turut membuat laporan polis terhadap laporan media yang mendakwanya mengugut Hafizam dan Mohd Shah.

Pada 27 Mei, peguam Syazlin Mansor membuat kejutan apabila mengumumkan penarikan diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JPBM sehingga prosiding perbicaraan yang sepatutnya mahkamah memanggil semula saksi ke-29 terganggu serta terpaksa ditangguhkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Inkues Adib: Prosiding tergendala, peguam tarik diri

Pada 28 Mei, Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menyenaraikan empat sebab Syazlin diarah tarik diri daripada inkues tersebut.

Peguam Syazlin Mansor membuat kejutan apabila mengumumkan penarikan diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JPBM sehingga prosiding perbicaraan yang sepatutnya mahkamah memanggil semula saksi ke-29 terganggu serta terpaksa ditangguhkan.
Peguam Syazlin Mansor membuat kejutan apabila mengumumkan penarikan diri daripada mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan JPBM sehingga prosiding perbicaraan yang sepatutnya mahkamah memanggil semula saksi ke-29 terganggu serta terpaksa ditangguhkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Peguam Negara beri empat sebab Syazlin diarah tarik diri

Arahan yang dibuat Tommy itu telah menimbulkan rasa tidak senang daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik sehingga ada yang mendesak inkues yang sedang dihentikan dan digantikan dengan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Pada 16 Julai, Mohd Kassim Abdul Hamid memfailkan permohonan ex- parte bagi memulakan prosiding komital terhadap Tommy yang didakwa telah berlaku campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Adib fail permohonan komital heret Tommy ke mahkamah

Pada 2 September, Koroner membenarkan bapa Muhammad Adib memulakan prosiding komital tersebut selepas mendapati wujud prima facie atas kebarangkalian satu tindakan dibuat Tommy menjurus kepada penghinaan mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Adib dapat kebenaran 'heret' Tommy ke mahkamah

Muhammad Adib,24, yang bertugas sebagai anggota bantuan kecemasan JPBM Subang Jaya parah dalam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu dan meninggal dunia pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat.

Ikuti laporan keputusan inkuiri ini secara langsung menerusi www.sinarharian.com.my atau laman Facebook, Twitter dan Instagram Sinar Harian untuk laporan terkini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!