Pemuda OKU jadi 'runner' bantu masyarakat

Bergelar OKU tidak menghalang Hafis untuk berbakti kepada masyarakat.
Bergelar OKU tidak menghalang Hafis untuk berbakti kepada masyarakat.
A
A
A
TEMERLOH - Kegigihan seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) bergelar 'runner' ini pernah tular dan menjentik hati masyarakat empat tahun lalu.

Kini, Mohd Hafis Abdullah, 31 mengorak langkah bukan sahaja menghantar barangan milik pelanggan namun turut melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.

Anak jati kelahiran Jengka yang kudung tangan kirinya lebih 10 tahun lalu akibat kemalangan jalan raya mendekati masyarakat khususnya golongan kurang berkemampuan dengan cara tersendiri.

Memulakan projek infaq sejak Ramadan lalu, Hafis mengambil inisiatif menyalurkan sumbangan seperti barangan keperluan rumah untuk golongan terbabit.

"Program infaq ini saya buka kepada mana-mana pihak yang ingin menyalurkan sumbangan selain menggunakan wang sendiri untuk membantu golongan asnaf, fakir miskin.

"Usaha ini saya lakukan selepas melihat rakan runner lain yang telah melakukan program sebegini jadi saya fikir kenapa saya tidak buat di sini.

"Dengan pengalaman dan hubungan yang ada,saya sendiri siasat latar belakang mereka yang perlu dibantu," katanya kepada Sinar Harian.

Selain membuat perkhidmatan runner, Hafis turut mencuri masa membantu orang lain.
Selain membuat perkhidmatan runner, Hafis turut mencuri masa membantu orang lain.

Tambahnya, satu kepuasan bila dapat membantu golongan terbabit apabila khidmatnya dihargai.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin orang nampak sumbangan diberikan tidak seberapa tetapi bila lihat mereka terharu hingga menangis,tersentuh hati saya dan seterusnya menaikkan lagi semangat saya untuk terus membantu.

"Saya juga ingin buktikan golongan OKU seperti saya boleh membantu orang lain seperti mereka yang normal," jelasnya.

Sementara itu,mengulas lambakan khidmat runner daripada pelbagai aplikasi dan syarikat yang kini juga mula dilebarkan perkhidmatan di Temerloh, Hafis tidak menganggap ia satu saingan buatnya.

"Masing-masing ada kelebihan tersendiri dan situasi membuatkan saya terus nak berikan perkhidmatan terbaik dan jika masih ada yang gunakan perkhidmatan saya bermakna mereka berpuas hati.

"Lagipun saya bukan saja membuat penghantaran makanan malah perkhidmatan lain seperti membayar bil, kejutan hari jadi dan pelbagai lagi," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!