Seorang lagi maut rusuhan di Indonesia

Polis menahan seorang pelajar semasa tunjuk perasaan di hadapan Kampus Universiti Hasanuddin di Makassar.
Polis menahan seorang pelajar semasa tunjuk perasaan di hadapan Kampus Universiti Hasanuddin di Makassar.
A
A
A

KENDARI - Seorang lagi pelajar maut semasa ribuan penunjuk perasaan di Indonesia membantah undang-undang baharu termasuk kanun keseksaan jenayah dan rasuah.

Mangsa berusia 19 tahun meninggal dunia di hospital selepas cedera terkena objek tumpul di kepala semasa rusuhan tercetus di Kendari, Sulawesi Selatan semalam.

Kematian itu menandakan angka korban kedua sejak tunjuk perasaan tercetus beberapa hari lalu yang menyaksikan pertempuran ganas antara pelajar dan polis.

Situasi di republik itu sekali gus mencetuskan gesaan supaya satu siasatan dijalankan terhadap polis yang didakwa bertindak ganas terhadap penunjuk perasaan.

Tunjuk perasaan itu tercetus apabila orang ramai membantah rang undang-undang membabitkan puluhan perubahan undang-undang termasuk memperuntukkan hukuman kesalahan zina dan menghalang penjualan pil pencegah kehamilan serta menghina Presiden. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar maut ketika bantah undang-undang baharu Indonesia

Ribuan mahasiswa bantah rang undang-undang baharu

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!