Penduduk Kampung Simpangan diancam hakisan

Penduduk Kampung Simpangan bimbang hakisan semakin hampir dengan rumah mereka.
Penduduk Kampung Simpangan bimbang hakisan semakin hampir dengan rumah mereka.
A
A
A
TUMPAT - Setiap kali air naik, penduduk yang tinggal di tebing Sungai Golok di Kampung Simpangan tidak lena tidur kerana khuatir rumah mereka runtuh disebabkan hakisan.

Masalah hakisan tebing sungai itu sudah berlarutan sejak lima tahun lalu dan semakin serius sehingga merisaukan 70 keluarga di kampung berkenaan.

Tebing yang terjejas sepanjang satu kilometer dan ada sebahagian laluannya telah terputus.

Penduduk, Othman Hamat, 58, berkata, dia mula meletakkan guni pasir di tebing sungai bagi mengelakkan ia terus terhakis.

"Hakisan dah semakin hampir dengan rumah saya apabila benteng tebing Sungai Golok runtuh.
Artikel Berkaitan:


"Hakisan ini semakin luas, jaraknya hanya satu meter dengan pagar rumah saya," katanya.

Menurutnya, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak mereka ada datang meninjau, kelmarin.

"Kami harap ia dapat dibaiki segera, bina benteng yang lebih kukuh lagi memandangkan kawasan ini air Sungai Golok melimpah setiap kali musim banjir," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!