Dendeng balado cita rasa Yusnilah Yunus
BAHAN-BAHAN A:
Daging 1/2kgBawang putih 6 ulas
Halia 1 inci
Satu sudu biji ketumbar
Satu sudu kecil kecil lada hitam
Satu sudu kecil lada putih
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN B:
Cili merah 10 batangBawang besar
Tomato 1 biji
Daun limau purut 3 helai
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK A:
1) Daging direbus bersama bumbu bawang putih, halia, ketumbar, lada hitam, lada putih sehingga kering.2) Tambah garam secukup rasa.
3) Kemudian, hiris daging mengikut saiz pilihan.
4) Memarkan hirisan daging.
5) Goreng seketika, tidak perlu garing lalu ketepikan.
CARA MEMASAK B:
1) Cili merah, bawang, tomato dikukus atau direbus seketika.2) Kemudian, tumbuk atau menggesek bagi mendapatkan tekstur kasar.
3) Tumis sehingga masak dan letakkan garam, gula serta daun limau purut.
4) Seterusnya masukkan daging dendeng yang telah dihiris sebentar tadi.
5) Siap untuk dinikmati bersama nasi putih.
Sumber: Yusnilah Yunus
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!