Warga emas maut, kereta terbabas langgar pokok sawit

Keadaan kereta yang dinaiki kedua-dua wanita terbabit. FOTO: IHSAN POLIS
Keadaan kereta yang dinaiki kedua-dua wanita terbabit. FOTO: IHSAN POLIS
A
A
A

LIPIS - Seorang warga emas maut apabila kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki terbabas di KM4 Jalan Sungai Koyan-Raub dekat Kuala Lipis di sini hari ini.

Dalam kejadian jam 3.38 petang tadi, Salmah Sharif,64, dari Felda Sungai Koyan 3 yang mengalami kecederaan di bahagian dada meninggal dunia di Klinik Kesihatan Sungai Koyan manakala pemandu kereta tersebut, Habsah Mahbot, 57, patah tulang paha dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, ketika kejadian mangsa menaiki kereta yang dipandu jirannya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Raub menghala ke Sungai Koyan.

Menurutnya, apabila sampai di tempat kejadian, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri.

"Situasi itu menyebabkan kereta terbabit melanggar pokok kelapa sawit menyebabkan kedua-dua wanita tersebut tersepit.

"Mangsa (Salmah) meninggal dunia semasa menerima rawatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, pihaknya sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan dan kenderaan terbabit dihantar ke Puspakom untuk menjalani pemeriksaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!