STL 2019: Negeri Sembilan Antlers atasi Johor Tigris
NEGERI Sembilan Antlers memulakan hari pertama saingan minggu keempat Sepak Takraw League (STL) 2019 langkah kanan apabila menewaskan Johor Tigris, 11- 21, 21-17 dan 21-19 di Spice Arena, Bayan Baru, hari ini.
Pengurus Negeri Sembilan Antlers, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, kehadiran tekong dari Thailand, Wirawut Na Nongkhai memberi kelebihan kepada pasukannya.
Menurutnya, semangat berpasukan yang ditampilkan antara faktor kemenangan bagi Negeri Sembilan Antlers walaupun dipaksa lawan untuk bekerja keras bagi memperoleh kemenangan.
“Kita sudah cuba sehabis baik dan rezeki menyebelahi kita hari ini. Kita sasar untuk menang dua perlawanan bagi minggu keempat ini. Esok kita akan kekal apa yang ada, cuma kena perbaiki sedikit kelemahan.
“Kami optimis dengan perlawanan esok untuk menentang Perak Bison. Dengan mengekalkan Wirawut sebagai tekong, kami akan cuba sebaik mungkin,” katanya yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!