Penutupan Jalan Kuala Selangor ditangguh
KUALA LUMPUR - MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn Bhd hari ini berkata, penutupan jalan sepenuhnya di KM50 Jalan Kuala Selangor selama 14 jam (arah Sungai Buloh dan Kepong dari Decathlon ke Hotel Ibis, Bandar Sri Damansara), ditangguhkan.
Menurut satu kenyataan daripada syarikat itu penutupan jalan yang dijadualkan dari 28 hingga 29 September ini ditangguhkan ke satu tarikh akan datang kerana isu teknikal.
Aliran trafik menerusi kawasan yang ditetapkan tidak akan terjejas dan akan berjalan seperti hari biasa semasa tempoh berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.mymrt.com.my/traffic-announcement/ atau hubungi talian penting MRT 1-800-82-6868. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!