Keluar Bersatu, masuk semula UMNO?
SABAK BERNAM - Terdapat desas-desus beberapa bekas pemimpin UMNO ingin menyertai semula parti itu selepas hilang keyakinan terhadap PH.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menafikan dakwaan beliau ingin kembali menyertai UMNO sepertimana yang tersebar.
Mohd Fasiah berkata, dakwaan beliau dan pemimpin lain yang keluar Bersatu dan menyertai UMNO semula sengaja dimainkan pihak tertentu termasuk organisasi media.
"Semua berita ini tidak benar kerana 16 rakan peringkat nasional menyertai Bersatu tidaklah berpatah semula kepada UMNO," katanya.
Mohd Fasiah menegaskan, beliau ketika ini lebih mudah berkhidmat kepada rakyat di Parlimen berkenaan dan terus kekal setia bersama Bersatu.
"Baru-baru ini saya mengadakan aktiviti dan menerima sokongan daripada rakyat. Saya juga selesa kerana mempunyai lebih ramai kawan.
"Ahli PH termasuk pimpinan PH Sabak Bernam juga menyokong saya dengan sepenuh hati termasuk rakan-rakan dalam UMNO," katanya.
Sebelum ini media melaporkan terdapat desas-desus beberapa bekas pemimpin UMNO ingin menyertai semula parti itu selepas hilang keyakinan terhadap PH.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!