Pemimpin PH merafak sembah takziah kemangkatan Sultan Ismail Petra
SHAH ALAM - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah takziah di atas kemangkatan Sultan Ismail Petra Sultan Yahya Petra kira-kira jam 8.11 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, Kelantan
“Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un. Merafak sembah takziah kepada KDYMM Sultan Muhammad V, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra.
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji’un.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) September 28, 2019
Merafak sembah takziah kepada KDYMM Sultan Muhammad V, keluarga, ahli-ahli kerabat diraja dan seluruh rakyat Kelantan atas kemangkatan Sultan Ismail Petra. Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. pic.twitter.com/r0lzo9hno3
“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” ciapnya di laman mikro Twitter miliknya.
Turut merafak sembah takziah Presiden Amanah yang juga Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
"Innalillahiwainnailaihirajiun. Merafak sembah takziah atas kemangkatan Almarhum Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada pagi ini.
"Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah," tulisnya menerusi ciapan di Twitter.
Sementara itu, laman Facebook Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi dalam hantarannya yang dimuat naik kira-kira jam 9 pagi tadi memaklumkan, jenazah Almarhum Sultan Ismail Petra akan dibawa ke Istana Balai Besar untuk istiadat penghormatan kali terakhir.
Entri berkenaan turut memaklumkan bahawa istiadat pemakaman dijangka akan dilangsungkan selepas solat Asar di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.
ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ismail Petra mangkatMuat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!