Aktivis Joshua Wong rancang tanding pilihan raya
HONG KONG - Aktivis demokrasi Hong Kong, Joshua Wong mengumumkan rancangannya untuk bertanding dalam pilihan raya tempatan dan memberi amaran sebarang percubaan membatalkan permohonannya hanya akan mencetuskan lebih banyak sokongan protes pro demokrasi.
Pengumuman itu dibuat menjelang perhimpunan besar hari ini bagi menyambut ulang tahun kelima protes Gerakan Payung yang menyaksikan dia diangkat sebagai ketua pemuda.
Difahamkan, Wong bakal bertanding dalam pilihan raya daerah pada November ini dan menyifatkan undi tersebut sangat penting dalam menyampaikan mesej kepada Beijing bahawa rakyatnya tidak mengaku kalah untuk mempertahankan lebih banyak hak mereka.
Ketika demonstrasi Gerakan Payung, penunjuk perasaan memenuhi laluan utama di bandar Hong Kong untuk menuntut kemerdekaan penuh dan melumpuhkan sebahagian besar bandar itu selama 79 hari. - Agensi
ARTIKEL BERKAITAN: Aktivis demokrasi Hong Kong ditahan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!