Kes Adib: Peguam Negara perlu ada maruah, kata Abdul Hadi
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berharap isu kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim dapat ditangani dengan bijaksana dan adil selepas Mahkamah Koroner memutuskan kejadian menimpa Allahyarham akibat perbuatan jenayah.
Beliau berharap semua pihak termasuk Peguam Negara, Tommy Thomas bertanggungjawab dalam perbuatannya susulan beberapa tindakannya dilihat mencetuskan kontroversi berhubung kes berkenaan.
“Harap semua pihak tangani situasi secara bijak dan adil serta bermaruah, termasuk Peguam Negara perlu ada maruah,” katanya ringkas mengulas mengenai keputusan Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian Muhammad Adib akibat perbuatan pihak ketiga yang menyerang dan memukul beliau dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 pada 27 November tahun lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan Adib dipukul sekumpulan lelaki
Adib ditarik keluar, dihentak pada hujung daun pintu EMRS
Abdul Hadi berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Persidangan Muafakat Nasional peringkat negeri Kedah bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.
Kelmarin, Timbalan Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shari dan Exco Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim menuntut Tommy meletak jawatan atau bercuti daripada tugasnya sehingga satu tempoh keadilan untuk Muhammad Adib dicapai.
Peguam Negara juga digesa untuk tidak membuat rayuan permohonan terhadap keputusan inkues tersebut, selain mendesak polis memanggil semula tertuduh yang dilepaskan.
Pemuda UMNO desak Tommy undur, lima pemimpin PH disiasat
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!