Gelagat murid tahun satu mencuit hati!
ALOR SETAR - Seramai 41 murid tahun satu di Sekolah Kebangsaan Haji Mohd Shariff (SKHMS) memulakan sesi persekolahan 2019, bermula hari ini.
Guru Besar, Mazida Arshad berkata, seramai 23 murid lelaki dan 18 perempuan ceria hadir ke sekolah bersama ibu bapa masing-masing, yang menemani anak mereka pada hari pertama persekolahan.
Menurutnya, SKHMS menempatkan murid tahun satu kepada dua kelas, iaitu 1 Kasih dan 1 Sayang.
"Untuk menceriakan murid, mereka dihadiahkan penanda buku sebaik memasuki pagar sekolah, dan bersalaman dengan guru yang merupakan rutin harian sekolah ini," katanya.
Mazida berkata, kesemua murid turut diberikan taklimat ringkas pada perhimpunan pagi sebelum memulakan sesi pembelajaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!