Mangsa gempa bumi Ambon perlu khemah, selimut

No Image Caption
A
A
A

KOTA AMBON - Ratusan mangsa gempa bumi di Pulau Maluku, Indonesia mendakwa sehingga kini masih belum menerima sebarang bantuan daripada kerajaan.

Gempa bumi sekuat 6.5 magnitud yang melanda wilayah itu kelmarin menyebabkan penduduk di Salahutu, Leihitu, Leihitu Barat, Saparua, Pulau Haruku dan sekitarnya lari mencari perlindungan di kawasan tanah tinggi dan hutan.

"Sehingga kini kami belum menerima apa-apa bantuan, padahal rumah kami semuanya hancur," kata Jhony, salah seorang mangsa gempa di Salahutu.

Katanya lagi, ketika ini penduduk yang terjejas dengan bencana berkenaan memerlukan bantuan selimut dan khemah.

"Kami benar-benar memerlukan bantuan khemah kerana semalam hujan, ramai penduduk terutama anak kecil basah. Keperluan lain seperti ubat-ubatan dan bahan makanan juga amat diperlukan," katanya.

AFP melaporkan gempa berukuran 6.5 magnitud melanda sekitar jam 8.45 pagi (waktu tempatan) menyebabkan penduduk yang panik melarikan diri ke jalan raya ketika beberapa bangunan runtuh di sekitar mereka.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa itu berlaku kira-kira 37km di timur laut Ambon wilayah Maluku pada kedalaman 29km. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!