Remaja maut tercampak, kereta terbakar
Dalam kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu, Ng Yik Soon, 19, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tapah.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kenderaan mangsa yang berasal dari Taman Daya, Bidor turut musnah terbakar dalam kejadian itu.
”Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur dipercayai terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang kiri hingga melepasi longkang sebelum terbakar.
“Pemandu tercampak ke lorong kiri lebuh raya dan mengalami kecederaan parah. Mangsa dibawa ke Hospital Tapah dengan ambulans namun, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan,” katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!