Loji Rawatan Air Sungai Semenyih kembali beroperasi

Abdul Raof Ahmad
Abdul Raof Ahmad
A
A
A

SHAH ALAM - Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang dihentitugas ekoran pencemaran bau di sumber air mentah telah kembali beroperasi sepenuhnya pada jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd, Abdul Raof Ahmad berkata, loji itu sebelum ini telah dihentitugas selama 13 jam 30 minit dengan pengurangan pengeluaran harian air terawat sejumlah 357 juta liter sehari.

"Proses bagi meningkatkan paras kolam imbangan, penyaluran ke sistem agihan dan kolam-kolam perkhidmatan di kawasan terjejas sedang berlangsung sebelum bekalan dapat disalurkan bagi proses pemulihan berperingkat.

"Bantuan lori-lori tangki air digerakkan dan 10 PKS (Pusat Khidmat Setempat) akan diaktifkan bermula jam 8 pagi ini bagi menyalurkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas hingga bekalan pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Raof berkata, segala usaha diambil bagi mempercepatkan pemulihan bekalan dan kerjasama pelanggan amatlah dihargai.

"Mohon maaf atas segala kesulitan dan sila rujuk aplikasi telefon bimbit Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com bagi mendapatkan maklumat dan status terkini atau hubungi kami di talian 15300 atau WhatsApp ke 019-281 6793 / 019-280 0919 untuk sebarang bantuan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pencemaran bau Loji Semenyih: 372,031 akaun terjejas

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!