Polis guna jaring tahan bekas pengawal peribadi Salman Khan
LUCKNOW - Polis dengan bantuan orang awam di Moradabad, India terpaksa menggunakan jaring bagi menahan bekas pengawal peribadi bintang Bollywood, Salman Khan yang mengamuk di tempat awam.
Kejadian itu berlaku kelmarin dan ia menjadi tular selepas rakaman insiden itu dimuat naik ke laman media sosial.
Media tempatan melaporkan sebelum ditahan lelaki dikenali sebagai Anaz Qureshi itu merosakkan beberapa buah kenderaan di bahu jalan menggunakan batang besi.
Siasatan dan pemeriksaan doktor mendapati, lelaki terbabit bertindak ganas dipercayai akibat pengambilan steroid berlebihan.
Susulan itu Qureshi dihantar ke Hospital Bareilly bagi menjalani pemeriksaan mental.
Qureshi pernah ditahan pada 2017 atas tuduhan rogol namun dibebaskan dengan jaminan polis. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!