Warga emas maut jatuh dari tingkat 10 hospital

Pasukan bomba membawa turun mayat mangsa yang terjatuh atas bumbung tingkat tiga Hospital Shah Alam hari ini. - Foto JBPM Selangor
Pasukan bomba membawa turun mayat mangsa yang terjatuh atas bumbung tingkat tiga Hospital Shah Alam hari ini. - Foto JBPM Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki berusia 70 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 di Hospital Shah Alam di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pusat gerakan operasi negeri menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 6.59 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut di atas bumbung di tingkat tiga.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan bomba menurunkan mayat mangsa yang terjatuh atas bumbung tingkat tiga Hospital Shah Alam hari ini. - Foto JBPM Selangor
Pasukan bomba menurunkan mayat mangsa yang terjatuh atas bumbung tingkat tiga Hospital Shah Alam hari ini. - Foto JBPM Selangor

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!