Arab Saudi umum bantuan RM209 juta untuk UNRWA

Anak-anak pelarian Palestin di Tebing Barat mendapat manfaat daripada dana bantuan Arab Saudi.
Anak-anak pelarian Palestin di Tebing Barat mendapat manfaat daripada dana bantuan Arab Saudi.
A
A
A

RIYADH - Arab Saudi pada Khamis mengumumkan dana bantuan berjumlah AS$50 juta (RM209 juta) untuk Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) bagi tahun 2019.

Pengumuman itu disampaikan Menteri Luar, Ibrahim Al-Assaf semasa pertemuan dengan Pesuruhjaya UNRWA, Pierre Krahenbuhl di Perhimpunan Agung PBB di New York, Amerika Syarikat.

Al-Assaf menegaskan bantuan itu sebagai komitmen Arab Saudi untuk terus membantu Palestin.

Sementara itu, Krahenbul yang mewakili 5.5 juta pelarian Palestin mengucapkan setinggi penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi.

"Sokongan dan bantuan Arab Saudi sangat penting untuk UNRWA terutama menjelang pembukaan musim baharu persekolahan.

"Puluhan sekolah milik UNRWA dapat beroperasi seperti biasa," katanya.

Krahenbul berkata, bantuan besar itu dapat menyelamatkan pendidikan kira-kira 532,000 anak-anak pelarian Palestin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!