Iran keluarkan gambar Khamenei bersama Nasrallah

Dari kiri: Khamenei, Nasrallah dan Soleimani bakal menjadi muka depan majalah baharu berjudul Massir.
Dari kiri: Khamenei, Nasrallah dan Soleimani bakal menjadi muka depan majalah baharu berjudul Massir.
A
A
A

TEHERAN - Iran mengeluarkan gambar ‘tidak pernah dilihat’ memaparkan Pemimpin Tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei bersama Hassan Nasrallah yang memimpin Gerakan Hizbullah di Lubnan.

Bagaimanapun, lokasi gambar diambil dan tarikh tidak dinyatakan.

Foto itu diterbitkan menerusi laman rasmi Pemimpin Agung terbabit menunjukkan Nasrallah diapit Khamenei dan Komander Pasukan Quds, Qassem Soleimani berlatarbelakangkan sebuah pintu yang ditutup dengan tirai dan dikelilingi rak buku.

Ia bagaimanapun tidak mendapat liputan media secara meluas di Iran selepas pertama kali dipaparkan pada Rabu lalu.

Difahamkan, gambar tersebut bakal menghiasi muka depan majalah baharu berjudul Massir yang akan dilancarkan laman Khamenei.ir dan turut menerbitkan wawancara selama lima jam bersama Nasrallah.

Sebelum ini, Nasrallah secara terbuka sering berkunjung ke Teheran sebelum perang antara Israel dan Lubnan tercetus pada 2006, namun penampilannya di khalayak umum semakin terbatas sejak konflik tersebut semakin meruncing. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!