Manchester City tak boleh cicir mata lagi

Aksi Guardiola ketika meraikan kemenangan bersama pemain Manchester City selepas menewaskan Everton di Goodison Park.
Aksi Guardiola ketika meraikan kemenangan bersama pemain Manchester City selepas menewaskan Everton di Goodison Park.
A
A
A

PENYANDANG juara, Manchester City tidak boleh keciciran mata jika berhajat mahu menghambat pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Pengendali The Citizens, Pep Guardiola mengakui skuad kendaliannya tidak mempunyai pilihan kecuali mengatasi Everton selepas mengetahui The Reds melakar kemenangan 1-0 ke atas Sheffield United pada aksi sebelum itu.

“Kami tahu pesaing terdekat Liverpool sudah mencipta kemenangan sebelum kami beraksi jadi kami tiada pilihan kecuali menewaskan Everton.

“Kemenangan ke atas Everton menjadikan perbezaan mata antara kami menjadi lima mata bagi mengakhiri saingan pada September.

“Banyak lagi perlawanan yang perlu kami harungi selepas ini dan paling penting Liverpool bukan pasukan biasa-biasa pada musim ini,” katanya yang mengakui The Reds tampil aksi memukau musim ini.

The Citizens berkunjung ke Goodison Park dengan perbezaan lapan mata berbanding Liverpool yang sebelum itu menewaskan Sheffield United 1-0.

Pada aksi itu, Dominic-Calvert Lewin memadamkan gol pembukaan pelawat, Gabriel Jesus sebelum rehat tetapi Riyad Mahrez kembali meletakkan The Citizens mendahului pada minit ke-71 sebelum Raheem Sterling mengesahkan kemenangan 3-1.

Pengendali dari Sepanyol itu juga menyifatkan bukan satu tugas mudah membawa pulang tiga mata dari laman keramat The Toffees itu.

Artikel Berkaitan:

“Kami tampilkan barisan terbaik yang beraksi hebat di Goodison Park, namun lawan sentiasa menyukarkan kami untuk meraih kemenangan di sini,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!