Sembilan cedera dirempuh ketika sambutan Tahun Baharu di Jepun
Menurut jurucakap polis, suspek dikenali sebagai Kazuhiro Kusakabe, 21, memandu sebuah kenderaan dengan ‘niat membunuh’ di Jalan Takeshita, 10 minit selepas waktu tengah malam.
Media tempatan pula melaporkan, Kusakabe merempuh sembilan orang di jalan terbabit yang ditutup untuk kenderaan ketika orang ramai memenuhi kawasan itu untuk meraikan Tahun Baharu.
Kusakabe memberitahu polis, dia bertindak sedemikian sebagai ‘balasan untuk hukuman mati’, tanpa memberikan butiran lanjut.
Susulan insiden itu, suspek ditahan kerana cubaan membunuh. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!