Kendong bayi sambil beri kuliah

Dr Ramata Sissoko Cissé, 51, mengendong bayi dalam bungkusan kain yang dibuat sendiri semasa mengajar subjek Biologi kerana ibu kepada bayi tersebut juga pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh buat anaknya itu.
Dr Ramata Sissoko Cissé, 51, mengendong bayi dalam bungkusan kain yang dibuat sendiri semasa mengajar subjek Biologi kerana ibu kepada bayi tersebut juga pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh buat anaknya itu.
A
A
A

LAWRENCEVILLE - Gambar seorang pensyarah mengendong bayi sambil mengajar di sebuah kolej di Georgia tular di media sosial.

Dr Ramata Sissoko Cissé, 51, mengendong bayi dalam kain yang dibuat sendiri ketika mengajar subjek Biologi kerana ibu bayi tersebut yang juga pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh.

Gambar Dr Sissoko, seorang profesor di Kolej Georgia Gwinnett di Lawrenceville tular selepas dikongsi oleh anak perempuannya, Anna di Twitter pada 19 September lalu.

"Pelajarnya tidak dapat mencari pengasuh hari ini dan sebagai wanita Afrika sejati, dia mengajar sambil mengendong bayi selama tiga jam.

“Saya sangat bersyukur dibesarkan oleh seorang wanita yang mencintai dunia sebagaimana dia menyayangi anaknya sendiri,” tulis Anna di Twitter miliknya.

Dikongsi oleh anak perempuannya, Anna di Twitter pada 19 September lalu.
Dikongsi oleh anak perempuannya, Anna di Twitter pada 19 September lalu.

Sementara itu, Dr Sissoko memberitahu, ibu bayi tersebut ialah pelajar pintar dan telah memaklumkan pada lewat malam bahawa dia terpaksa membawa bayinya kerana pengasuh anaknya sakit dan dia tiada masalah tentang itu.

Artikel Berkaitan:

Pada hari tersebut juga pelajarnya turut terlepas satu kelas dan tidak mahu ketinggalan kelas seterusnya.

Melihat kesukaran pelajarnya menulis dan memegang bayi dalam satu masa menyebabkan dia mengambil keputusan membantu.

"Naluri semula jadi saya adalah mencari jalan untuk menenangkan bayi itu. Kami melakukan apa yang sepatutnya untuk kejayaan pelajar. Saya tidak ingin melihatnya menghadapi kesusahan kerana sebagai seorang ibu, saya tahu betapa sulitnya keadaan itu," kata ibu kepada tiga anak itu.

Katanya, di negara asalnya Mali sudah menjadi kebiasaan ibu mengendong bayi di belakang menggunakan kain untuk menenangkan bayi. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!