Penjara terbakar, 36 tahanan wanita lari

Enam dari 15 bilik yang menempatkan penghuni terbakar dalam kejadian itu. - Foto Kumparan.Com
Enam dari 15 bilik yang menempatkan penghuni terbakar dalam kejadian itu. - Foto Kumparan.Com
A
A
A

SULAWESI TENGAH - Seramai 36 tahanan wanita berjaya melarikan diri apabila sebahagian bilik di penjara wanita di Sigi, Indonesia musnah dalam satu kebakaran semalam.

Kebakaran berlaku kira-kira jam 6 petang (waktu tempatan) tetapi berjaya dipadamkan 50 minit kemudian oleh pasukan jentera.

Ketua Polis Sigi, Wawan Sumantri berkata, akibat kebakaran itu enam daripada 15 bilik yang menempatkan penghuni terbakar dalam kejadian itu.

"Seramai 45 daripada 103 tahanan wanita berjaya melarikan diri. Bagaimanapun kita berjaya menangkap semula sembilan orang.

"Tujuh daripada mereka ditangkap ketika bersembunyi di rumah penduduk manakala dua lagi ditahan ketika pergi ke bandar Palu," katanya.

Tambahnya, sehingga kini belum diketahui punca kebakaran dan pihaknya sedang menyiasat kes tersebut.

Katanya, tiada perkembangan yang berkaitan dengan jumlah tahanan wanita berjaya ditangkap semula selepas melarikan diri namun beberapa pintu masuk sekitar Sigi dikawal rapi.- Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!