Pejabat SK Puncak Alam terbakar

Anggota bomba membuat pemadaman api di lokasi kejadian.
Anggota bomba membuat pemadaman api di lokasi kejadian.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3 musnah 50 peratus dalam kebakaran di Jalan Astana Alam di sini pagi tadi.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan semasa kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Penolong Penguasa Bomba, Azril Izaidi Ahamad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.35 pagi tadi.

"Sebuah jentera FRT dengan seramai 10 anggota dikerah ke tempat kejadian bagi operasi pemadaman terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Azril Izaidi berkata, sejurus tiba pihaknya mendapati asap tebal keluar dari bahagian tengah tingkat satu bangunan dua tingkat sekolah terbabit.

"Bomba mengambil masa kira-kira tiga jam bagi memadam keseluruhan bangunan terbabit dan operasi sepenuhnya tamat pada jam 9. 29 pagi," katanya.

Beliau memberitahu, operasi pemadaman turut dibantu BBP Kapar dan Kota Anggerik.

"Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!