Wartawan Indonesia terkena peluru sesat di Hong Kong

Veby Mega yang bertugas untuk akhbar Suara Indonesia di Hong Kong cedera terkena peluru getah semasa bantahan di daerah Wan Chai.
Veby Mega yang bertugas untuk akhbar Suara Indonesia di Hong Kong cedera terkena peluru getah semasa bantahan di daerah Wan Chai.
A
A
A

HONG KONG - Seorang wartawan Indonesia yang berpangkalan di Hong Kong cedera terkena peluru sesat semasa membuat liputan tunjuk perasaan di hub kewangan Asia itu semalam.

Pengarah Perlindungan Warga Indonesia di Luar Negeri, Judha Nugraha berkata, mangsa dikenal pasti sebagai Veby Mega.

"Veby cedera di mata kanan akibat terkena peluru getah semasa demonstrasi yang bertukar ganas di daerah Wan Chai.

"Veby dalam keadaan stabil dan masih dipantau doktor di hospital," katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!