Warga emas maut motosikal terbabas dalam parit

Motosikal ditunggang mangsa terbabas lalu masuk ke dalam parit di Kilometer 5.6 Jalan Tanjong Karang-Rawang berhampiran simpang Jalan Gawar-Gawar petang semalam.
Motosikal ditunggang mangsa terbabas lalu masuk ke dalam parit di Kilometer 5.6 Jalan Tanjong Karang-Rawang berhampiran simpang Jalan Gawar-Gawar petang semalam.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seorang lelaki warga emas menemui ajal selepas motosikal ditungganginya terbabas ke dalam parit di Kilometer 5.6 Jalan Tanjong Karang-Rawang berhampiran simpang Jalan Gawar-Gawar petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Yusof Md Napiah, 63, meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Tiram Buruk menghala ke Tanjong Karang.

"Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal Honda EX5 ditunggang mangsa gagal dikawal sebelum terbabas lalu masuk ke dalam parit," katanya.

Noor Janihan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tanjong Karang (HTK) untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!