PGA rampas barang seludup RM1 juta

Azhari (kanan) memeriksa rokok yang berjaya dirampas pada sidang media kejayaan rampasan PGA Batalion 7 Kuantan di Markas Taktikal PGA Lubok Stol.
Azhari (kanan) memeriksa rokok yang berjaya dirampas pada sidang media kejayaan rampasan PGA Batalion 7 Kuantan di Markas Taktikal PGA Lubok Stol.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan berjaya mematahkan cubaan menyeludup pelbagai barangan bernilai hampir RM1 juta termasuk rampasan terbaharu melibatkan 76,000 batang rokok putih di pangkalan haram Tualang, Pengkalan Kubor, Tumpat, pada jam 5.46 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, nilai rampasan tersebut melibatkan tempoh 15 hari penugasan sepanjang Op Wawasan di kawasan sempadan dengan nilai rampasan rokok terbaharu berjumlah RM114,000 termasuk cukai.

Terdahulu dalam operasi sama, pihaknya berjaya merampas 300 kilogram ayam sejuk beku bernilai RM3,000 di Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas pada jam 2.30 pagi.

"PGA Batalion 7 Kuantan turut merampas kereta jenis Proton Saga yang digunakan untuk menyeludup barangan tersebut," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini hari ini.

Sinar Harian semalam turut melaporkan PGA Batalion 7 berjaya merampas pelbagai barangan seludup mencecah hampir RM800,000 sejak mengambil alih tugas mengawal sempadan pada 15 September lalu.

Azhari berkata, pada 26 September lalu, pihaknya turut merampas pelbagai jenis mercun berjumlah RM26,420.

Katanya, siasatan awal mendapati mercun itu dibawa masuk untuk pasaran menjelang sambutan Hari Deepavali.

Artikel Berkaitan:

Azhari
Azhari

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!