Lelaki tembak mati keluarga pada malam Tahun Baharu
Suspek menembak mati ahli keluarga termasuk dua anak kandung, sebelum membunuh diri ketika parti Tahun Baharu,semalam. - Gambar Hiasan
A
A
A
Menurut polis, ketika kejadian Sucheep Sornsung menghadiri parti tahun baharu bersama keluarga isterinya di sebuah salon kecantikan, di wilayah Phato.
Sucheep yang dikatakan mabuk kemudian mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak mati kesemua mangsa sebelum menembak dirinya sendiri.
Empat mangsa dilaporkan terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita berusia antara 47 ke 71 tahun.
"Kesemua mangsa merupakan ahli keluarga Sucheep, termasuk anak lelakinya berusia sembilan tahun dan anak perempuan berumur enam tahun.
"Mangsa ditembak sama ada di bahagian kepala atau badan, suspek dipercayai berang kerana berasa tidak dihargai sebagai menantu oleh keluarga mentuanya," kata Leftenan Kolonel Larp Kampapan kepada wartawan. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!