Rakyat rindu khidmat Umno
Ketua puterinya, Salbiah Saari berkata, sambutan penduduk cukup menggalakkan sehingga menerima penyertaan lebih 100 kanak-kanak yang mahukan penampilan baharu bagi sesi persekolahan bermula esok.
"Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH setelah tiada program berkhatan dan Back To School seperti dulu namun Puteri Umno Tanjong Karang kembali dengan program gunting rambut percuma.
"Ternyata, Umno dan rakyat berpisah tiada di Parlimen ini dan mereka rindukan 'servis' rakyat daripada kami," katanya yang mengadakan program itu di pekarangan Pejabat Umno Bahagian Tanjong Karang.
Katanya, penyertaan program ini memang luar jangkaan kerana melibatkan seramai 130 kanak-kanak walaupun cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!