Aubameyang buat Manchester United gigit jari

Aubameyang meraikan jaringan penyamaannya ketika menentang United pagi tadi.
Aubameyang meraikan jaringan penyamaannya ketika menentang United pagi tadi.
A
A
A
JARINGAN penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang pada minit ke-58 membuatkan Manchester United gigit jari untuk meraih tiga mata penuh di Old Trafford selepas kedua-dua pasukan merekodkan keputusan seri 1-1 awal pagi tadi.

Dalam aksi ketujuh Liga Perdana Inggeris itu, The Gunners kelihatan tertekan selepas tuan rumah yang mendominasi perlawanan sehingga memperoleh gol pertama menerusi Scott McTominay pada m-45.

Bagaimanapun ketika memasuki babak kedua perlawanan, anak buah Unai Emery kembali mendapat sentuhan dan memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan lawan untuk menyamakan kedudukan.

Biarpun gagal untuk meraih tiga mata penuh, Aubameyang yang dianggap sebagai wira menyifatkan satu mata itu amat bermakna kerana Manchester United beraksi baik di gelanggang sendiri.

“Saya rasa pasukan berjuang dengan sangat baik pada hari ini. Kaki meraih satu mata. Sukar untuk beraksi di Old Trafford jadi kami menerima keputusan ini.
Artikel Berkaitan:


“Tidak mudah juga ada ketinggalan sebelum waktu rehat tetapi kami bangkit pada babak kedua dengan penuh bersemangat,” katanya Sky Sports.

Arsenal pada ketika ini menghuni tangga keempat liga dengan 12 mata manakala United di kedudukan 10 dengan 9 mata.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!