Elfira selamat bergelar isteri

ELFIRA & RiZNAN RUZAINI
ELFIRA & RiZNAN RUZAINI
A
A
A
PELAKON dan pengacara, Elfira Loy selamat bergelar isteri kepada Muhammad Faris Khairol Anuar, pagi tadi.

Menurut laporan sebuah akhbar tempatan, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Elfira, Ahmad Sabri Ariffin dan selebriti berusia 25 tahun itu sah bergelar isteri dengan sekali lafaz menerusi acara yang berlangsung secara tertutup di Cyberjaya.

Elfira sendiri turut berkongsi gambar pernikahannya dengan kapsyen ringkas : "Alhamdulillah".

Rata-rata pengikut Instagramnya termasuk teman artis turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

Elfira dan Faris mengikat tali pertunangan pada 2 September lalu. Hubungan pasangan ini mula menjadi perhatian selepas Elfira memuat naik gambar bersama Faris sekitar Ogos dan memberi bayangan dia sudah pun memulakan hubungan baharu.

Menerusi temu bual bersama Sinar Harian sebelum ini, Elfira berkata, sikap Faris yang menghormati keluarganya, memahami dan baik membuatkan dia menjadi seorang yang istimewa.

"Dia ada visi untuk masa depan dan mak saya percaya dia boleh menjaga saya.

"Saya pun tak sangka secepat ini menemui pengganti, tapi perkenalan dan perhubungan kami berjalan dengan lancar dan pantas. Dia juga yang minta untuk bertunang.

"Malah saya rasa bersyukur selepas mengenalinya. Sebelum ini saya sering terfikir, mengapa ini (putus tunang) yang terjadi kepada saya.
Artikel Berkaitan:


"Tapi sekarang saya rasa lebih bersyukur dan he is the one," katanya.

Sementara itu, Elfira berkata, dia akan tetap meneruskan karier seninya seperti biasa biarpun selepas berkahwin.

"Dia mengenali saya sebagai Elfira Loy. Jadi dia kena terima siapa saya dan dia sendiri tidak memberi halangan," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!