Korban banjir di India hampir 140 orang
PATNA - Jumlah korban akibat banjir di India terus meningkat hampir 140 orang selain menyebabkan hospital dan sekolah dinaiki air hujan yang kotor.
Jabatan Meteorologi India (IMD) berkata, musim tengkujuh kali ini yang paling teruk sejak tahun 1994.
Menurut pegawai kerajaan, sepanjang empat hari lalu seramai 111 orang meninggal dunia di Uttar Pradesh dan 28 lagi di Bihar.
"Seramai 900 penghuni terpaksa berpindah dari penjara daerah Ballia di Uttar Pradesh untuk memastikan keselamatan dan kesihatan mereka selepas air hujan membanjiri," katanya.
Walaupun hujan berhenti, jalan raya di bandar terus tenggelam dengan sekolah-sekolah dan kedai-kedai ditutup. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!