Kanak-kanak kembar ditemui mati dalam kereta
HINESVILLE - Pasangan kembar kanak-kanak perempuan ditemui mati di dalam sebuah kereta di Georgia pada petang Ahad, kata pihak berkuasa.
Polis telah mengenal pasti mangsa, Raelynn dan Payton Keyes yang berusia 3 tahun.
Menurut Jabatan Polis Hinesville, pihaknya menerima panggilan dan bergegas ke rumah beralamat 200 blok Augusta Way, Griffin Park pada 1.30 pagi (waktu tempatan) Ahad dan suhu ketika itu 33 darjah Celcius.
Apabila tiba, pegawai mendapati kedua-dua kanak-kanak itu tidak bertindak balas di dalam kenderaan yang terletak di belakang rumah.
"Ini sebenarnya bukan rumah pengasuh atau rumah anak-anak ini, mereka melawat ke sini ketika tragedi malang ini berlaku," kata Kapten Tracey Howard.
Namun, polis mengatakan masih belum jelas bagaimana kanak-kanak itu masuk ke dalam kereta.
Pihak berkuasa masih berusaha mengesan ibu bapa pasangan kembar itu.- Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!