Sentuhan etnik Tusan dalam Kenzo
KOLEKSI Kenzo Fall Winter 2019 tampil berani dengan rona terang dan warna warni, rekaan yang diilhamkan oleh warisan Humberto’s Chinese-Peruvian dari negara Peru.
Secara asasnya, Kenzo Fall Winter kali ini mengetengahkan pelbagai rona warna dengan menggabungkan konsep realiti kontemporari dengan tekstil etnik berkenaan.
Selain itu, Pengarah Kreatif koleksi berkenaan, Humberton Leon dan Carol Lim turut mereka busana formal dan harian buat si lelaki meskipun baru-baru ini, mereka menggegarkan arena fesyen apabila mengumumkan u ntuk menarik diri dalam dunia fesyen.
Berbalik kepada idea yang telah dicetuskan, keduanya telah memartabatkan karya pelukis agung dari Peru, Pablo Amaringo dengan menterjemahkan ke dalam busana terbaharu Kenzo.
Keunikan sentuhan mereka lebih terserlah apabila menerapkan rona warna feminisme dan diselitkan sekali dengan hiasan ala ketenteraan.
Transformasi reja fabrik yang bercirikan motif kolar keselamatan, fabrik jejaring yang boleh diterbalikkan dan sarung tangan yang boleh ditanggalkan menjadi keunikan koleksi Fenzo Fall Winter 2019.
Berbeza dengan rekaan pakaian wanita yang lebih kepada penggunaan fabrik rajut dan nilon kalis air, kreativiti busana si jejaka pula lebih kepada jaket puffer dan ponchos merah jambu dipadankan dengan kemeja workwear.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!