Burung ditahan, dipenjarakan polis
UTRECHT - Pelik tapi benar, seekor burung parakeet ditahan pasukan polis Belanda apabila pemiliknya diberkas kerana mencuri minggu lalu.
Difahamkan burung terbabit bertenggek di bahu pemiliknya ketika dia melakukan kesalahan tersebut dan polis di bandar Utrecht bertindak menahan lalu memenjarakan lelaki berkenaan dan 'rakan subahatnya' itu.
Gambar burung berwarna kuning dan hijau itu di dalam penjara kemudian dikongsi di laman Instagram dengan kapsyen,"Baru-baru ini kami menahan seorang suspek kerana mencuri. Ketika membuat penahanan, kami menemukan saksi dengan bulu dan paruh di bahu suspek".
Kisah tersebut kemudian menjadi tular di Twitter selepas media tempatan berkongsi gambar parakeet terbabit dengan garisan hitam di muka bagi melindungi identitinya, ia sekali gus mengundang rasa lucu dalam kalangan warga media sosial.
Dilaporkan lelaki berkenaan dan haiwan peliharaannya itu dibebaskan tidak lama kemudian. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!