Warden sepenuh masa: Cadangan NUTP perlu diperhalusi

Dr Maszlee (dua, kanan) beramah mesra dengan para pegawai pendidikan daerah pada Majlis Perasmian Persidangan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, malam ini. -Foto Bernama
Dr Maszlee (dua, kanan) beramah mesra dengan para pegawai pendidikan daerah pada Majlis Perasmian Persidangan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah Malaysia di Institut Aminuddin Baki, Bandar Enstek, malam ini. -Foto Bernama
A
A
A

NILAI - Cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya warden sekolah dilantik daripada kalangan bukan guru perlu diperhalusi.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, bagaimanapun pihaknya terbuka dan akan meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) untuk melakukan perbincangan dengan kesatuan itu.

"Mungkin mereka mempunyai beberapa cadangan ke arah tersebut," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) 2019 di Institut Aminuddin Baki, kampus Enstek, di sini.

Presiden NUTP Aminuddin Awang hari ini mendakwa masih terdapat guru 'dipaksa rela' menjadi warden sekolah berasrama penuh oleh pengetua.

Beliau berkata, ia menambah bebanan tugas hakiki seorang guru dan turut menyarankan kerajaan agar diwujudkan warden bukan kalangan guru.

Mengenai persidangan itu, Maszlee berkata, ia adalah selari dengan visi kementerian dalam memastikan sistem pendidikan dilaksanakan dengan baik selain para guru gembira gembira mengajar di sekolah.

"Sehubungan itu, saya bergantung sepenuhnya kepada sokongan PPD yang jadi antara agen perubahan yang kita harapkan. Kita juga yakin melalui program yang dianjurkan ini, para PPD akan mendapat input yang baik dan yang mereka perlukan dalam usaha mereka melakukan perubahan dalam pendidikan kita.

Artikel Berkaitan:

"Kita harap PPD dalam memainkan peranan mereka sebagai pembimbing juga sebagai satu keluarga kepada guru besar dan guru-guru yang ada dalam memastikan perubahan pendidikan yang kita inginkan itu akan berjaya dicapai," katanya.

Persidangan berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini membabitkan seramai 330 peserta daripada 145 PPD seluruh negara. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!