Indonesia batal penutupan pulau Komodo
Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar berkata, langkah itu tidak dilaksanakan kerana peningkatan bilangan pelancong tidak mengganggu habitat dan tidak menimbulkan kesan negatif terhadap pembiakan biawak komodo di pulau tersebut .
Menurutnya, terdapat 1,727 komodo hidup di pulau itu, yang merupakan tapak warisan dunia (Unesco).
"Bilangan komodo di pulau Komodo sepanjang tahun 2002 hingga 2019 agak stabil.Tiada ancaman penurunan," katanya.
Bagaimanapun, larangan itu dibatalkan, Kementerian mengatakan bahawa perubahan masih akan berlaku di sekitar Pulau Komodo.
Pusat penyelidikan naga Komodo yang baru dijangka dibuka di taman itu dan meroboh tempat-tempat pelancongan yang lain di kawasan itu.
Pulau Komodo menerima 176,000 pelawat tahun lalu berbanding 44,000 pengunjung pada tahun 2008.
Pulau itu juga mempunyai seramai 2,000 orang penduduk tetap.
Biawak komodo merupakan spesis biawak paling besar di dunia dan mampu mencapai 3 meter panjang, mempunyai gigi tajam dan gigitan yang beracun.
Sementara itu pada 2018, Gabenor Nusa Tenggara Timur, Viktor Bungtilu Laiskodat pernah mencadangkan bayaran yuran sebanyak AS$500 (RM2,096) bagi pelancong yang ingin melihat dari dekat habitat biawak Komodo di Pulau Komodo. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!