Sultan Selangor harap 2019 tahun terbaik buat rakyat
Baginda bertitah, tahun baharu adalah hari resolusi dan setiap orang membuat keputusan sendiri untuk hidup dalam kehidupan yang sihat, lebih baik dan bahagia.
“Beta harap pada tahun baharu kita semua boleh bersama dengan tekad baru untuk jadikan rumah, kawasan kejiranan di kampung atau bandar dan negara ini tempat terbaik untuk dihuni.
“Tahun baharu beri masa untuk renung kembali kegembiraan, kekecewaan, kesilapan dan pencapaian pada tahun lalu. Ia juga masa di mana kita melangkah ke musim baru dan ambil peluang baru untuk buat kemajuan lebih besar untuk keluarga, negara dan diri sendiri,” katanya menerusi perutusan tahun baharu yang dimuat naik di Facebook Selangor Royal Office.
Baginda sebelum itu bertitah, sokongan diberi rakyat sepanjang tahun lalu memberi banyak makna kepadanya.
Baginda dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman akan terus memayungi rakyat mengikut kemampuannya.
“Syukur kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang dikurniakan. Beta harap 2019 akan menjadi tahun yang hebat untuk semua rakyat dan diberi keamanan, kegembiraan serta kemakmuran kepada semua," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!